Dari Nadrah Katering & Kanopi

Salam teristimewa dari NKK kepada pengunjung laman web kami.

NKK menawarkan perkhidmatan perunding perkahwinan dengan pakej yang menarik di sekitar Johor Bahru dan yang berhampiran dengannya. Perkhidmatan yang disediakan oleh NKK adalah seperti katering,kanopi, andaman, peralatan majlis, cenderahati, jurugambar, audio, kad jemputan, khidmat nasihat dan lain - lain lagi.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi NKK dan NKK akan membantu anda.

Salam sekali lagi dan selamat melayari laman web NKK.

Borang Pertanyaan

Name:
Email Address:
Contact No. :
Perkhidmatan : 1 Stop Solution
Katering
Kanopi
Andaman
Lain - Lain
Location :
Tarikh Majlis :
Pertanyaan mengenai pakej /sebutharga / food tester / komen dan maklumbalas.

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, December 22, 2010

Perunding Perkahwinan

Semakin hari semakin ramai pengusaha yang menawarkan perkhidmatan Perunding Perkahwinan di Malaysia. Perkhidmatan Perunding Perkahwinan ini tidak pernah terlintas pon di zaman datuk nenek kita. Pada zaman mereka semua aktiviti untuk Perkahwinan dijalankan secara gotong royong. Jiran - jiran, saudara mara dan juga sahabat handai berbesar hati menawarkan bantuan secara percuma dalam menjayakan Majlis Perkahwinan. Ini kerana mereka semua saling bantu membantu untuk merealisasikannya. Kesepakatan di antara mereka sangat tinggi.

Mengapa sekarang Perkhidmatan Perunding Perkahwinan begitu relevan? Sedangkan amalam gotong royong sudah menjadi amalan datuk nenek kita. Adakah kita sekarang sudah tiada kesepakatan? Ataupon talian kejiranan dan persahabatan semakin renggang? Jika kita rungkai permasalahan ini, kesemuanya menjurus kepada perubahan zaman. Perubahan dalam apa juga situasi selari dengan perubahan zaman.

Semakin lama semakin banyak taman perumahan muncul baik di bandar - bandar besar mahupun di pinggir bandar. Siapa yang menghuni taman - taman perumahan itu? Pastinya mereka bukannya datang dari satu kawasan yang sama. Dan mereka semuanya berpindah ke taman perumhan itu disebabkan rezeki mereka di kawasan itu. Jadi, masing - masing berkejaran untuk mencari rezeki dan rumah hanyalah sebagai tempat mereka berehat. Akibatnya masa untuk mengenali jiran mereka jadi terlalu terhad, sehinggakan jiran sebelah rumah pon tak kita kenal. Jadi, aktiviti gotong royong menjadi semakin pudar. Inilah di antara faktor utama Perkhidmatan Perunding Perkahwinan semakin relevan.

Walau bagaimanapon aktiviti Perunding Perkahwinan masih boleh dijalankan oleh Keluarga Pengantin. Mereka boleh mencari satu persatu mereka - mereka yang mengendalikan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan dan diambil perkhidmatan satu persatu seperti Andaman, Katering , Kanopi, Gubahan Hantaran, Bunga Telur dan sebagainya. Dan pastinya setiap perkhidmatan itu dikenakan bayaran yang  tertentu, dan Keluarga Pengantin terpaksa berjumpa dengan berbagai orang untuk menjayakannya. Wang dan Masa akan banyak digunakan untuk itu semua.

Dengan adanya Perunding Perkahwinan keluarga pengantin tidak perlu menghabiskan masa dan wang untuk bertemu setiap mereka, hanya cari pengendali Perunding Perkahwinan, dan Perunding Perkahwinan akan buat semuanya. 

Pastinya Masa dan Wang dapat dijimatkan..



No comments:

Post a Comment